Sejarah Kelas Pemulihan Khas Sek. Keb. Pulai
Kelas pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Pulai pada peringkat awalnya berada di bangunan blok B. Keluasan kelas tersebut 1 bay. Peralatan PPSMI untuk kelas pemulihan telah dipasang di dalam kelas tersebut.
Apabila guru pemulihan SKP telah dinaikkan pangkat menjadi penolong kanan di sekolah lain, kelas tersebut telah diambil alih dan digunakan untuk kelas pendidikan Muzik.
Mulai tahun 2008 kelas pemulihan dipindahkan ke bangunan Blok A iaitu bekas pejabat sekolah. Saiz bilik tersebut 3 bay. Namun ruang bilik tersebut digunakan untuk bilik bimbingan kaunseling dan stor peralatan seni. Stor peralatan seni berada di bilik pemulihan. Satu dinding yang separuh tinggi digunakan untuk membahagikan antara bilik pemulihan dengan bilik bimbingan kaunseling.
Pada tahun 2009 SKP telah mendapat tawaran untuk menaik taraf kelas pemulihan khas. Tawaran tersebut telah diterima oleh Guru Besar, dengan menyediakan satu bilik baru yang mempunyai ruang 3 bay. Bilik darjah yang dijadikan surau telah diberikan oleh GB untuk dijadikan bilik pemulihan khas. Surau yang menggunakan dua bilik darjah kini telah menjadi satu bilik darjah. Bilik J-QAF yang juga berada di dalam surau tersebut terpaksa dipindahkan kerana ruang solat semakin kecil. Bilik pemulihan di bangunan blok A telah dijadikan bilik J-QAF. Satu surau baru telah dibina bagi menggantikan bilik surau yang semakin sempit.
Pada akhir tahun 2009 bilik pemulihan yang baru dinaik taraf telah boleh digunakan. Kelas tersebut telah dilengkapi dengan perabot dan ABM. Kini kelas tersebut menjadi kelas yang agak berbeza dan isimewa daripada kelas-kelas dan bilik-bilik khas yang terdapat di SKP.M I S I
1) Memimpin, mengurus dan mentadbir dengan cekap
dan berkesan.
2) Melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam kurikulum.
3) Melahirkan murid yang hebat dalam kokurikulum.
4) Mewujud dan memantapkan prasarana yang
selamat, kondusif dan ceria.
5) Menjalin hubungan yang baik dan mesra dengan
ibu bapa dan komuniti.