Kajian Tentang Membaca

Di negara Brunei Darussalam, kajian tentang membaca belum banyak dijalankan seperti
di Malaysia atau negara-negara lain. Walau bagaimanapun, masalah membaca memang
wujud, terutama pada peringkat sekolah rendah. Bukti wujudnya masalah membaca ini
dapat dilihat melalui pencapaian murid melalui keputusan peperiksaan sekolah dan
awam (Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2003-2007). Melihat
pentingnya kemahiran membaca itu, maka kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti
faktor-faktor yang menyebabkan sebahagian murid darjah 6 di Brunei menghadapi
masalah membaca.

Kamaruddin (1990) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam membaca dan
memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada muridmurid
tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran
kepada mereka untuk mengikuti proses belajar seterusnya. Masih terdapat rungutan
dalam kalangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Brunei Darussalam yang
mempersoalkan murid yang tidak boleh membaca dan memahami teks dengan