MARI BERKENALAN DENGAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara.  Penguasaan kemahiran asas membaca dan  menulis (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah.

Perbezaan minat,pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ’terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,  emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

LATAR BELAKANG
1967 – Kementerian Pelajaran telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi “ Withdrawal System….”

1975 – Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “ Pendidikan Imbuhan “ bagi Tahap 1 (Tahun 1 hingga Tahun 3 ) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas/ guru mata pelajaran.

1994 – Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR.
1999 – Program jangka pendek (INTERVENSI 3M ) diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah dan Tingkatan 1/ peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi menilai pencapaian kemahiran asas 3 M. Program bermula 1999 hingga 2002.

2000 – Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3 M bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga Tahun 3 ).  Program IPP3M dilancarkan bersama satu pendekatan P&P secara 
“Pelbagai Kecerdasan “ ( Multiple Intelligences).

2006 – IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang menekankan kepada Bahasa Melayu – membaca dan menulis dibina. 

2007 – Ujian Pelepaskan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan murid pemulihan tahun 3,4,5 dan 6.

KONSEP
·        Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah :
  “  Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi      kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah  Rendah” .

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.

TAKRIFAN
AE Tanseley dan R. Culliford
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”

M. F . Clough
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak. ”

Sharifah Rahman Ali
“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”

” Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

DASAR
Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1997. ( PERAKUAN 5)

“  Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki.  Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang kecil, peruntu  kan bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.”

OBJEKTIF
  • Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas -  membaca, menulis dan mengira.
  • Membantu murid-murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap  positif terhadap pembelajaran.

DASAR PELAKSANAAN
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran .(yang masih digunapakai)

1:         Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.   KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth.22.Jan.1985.(Guru Khas Pendidikan      Pemulihan)

2:         Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM.         Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26)  bth.28.Jan.1986. (Kelas Khas Pemulihan         Di Sekolah Rendah)

3:         Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.      V(29) bth.17.Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)

4:         Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-sekolah KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V             (34)  bth.30.Jun.1989. (Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas           Pemulihan Di Sekolah  Rendah)

Strategi Pelaksanaan
Pencalonan Murid
i)          Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M
ii)         Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
*          guru mata pelajaran / guru kelas
*          guru besar
*          ibu bapa
iii)         Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh    dicalonkan.

Pengumpulan Maklumat
i)          Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas       memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan          khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.
ii)         Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a)                  Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b)                  Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c)                  Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.